Kita perlulah makan makanan yang sihat untuk mendapatkan badan yang sihat. Amalan ini tidak seharusnya berlaku di rumah sahaja, hal ini mestilah dipupuk melalui pemakanan di kantin-kantin sekolah. Oleh itu, wajarlah setiap sekolah untuk mematuhi piramd makanan tersebut agar tidakberlaku penyakit obesiti di kalangan para pelajar.
Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan bahawa makanan ringan tidak dibenarkan dijual di sekolah. Arahan ini dibuat memandangkan tahap kesihatan pelajar sekolah yang membimbangkan, terutamanya kegemukan dan kencing manis.
Langkah Kementerian Kesihatan ini amat dialu-alukan dan hendaklah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pengharaman penjualan makanan ringan dan minuman berkarbonat sepatutnya telah lama diharamkan di sekolah. Namun disebabkan oleh pemantauan yang masih belum memuaskan oleh pihak sekolah, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan menyebabkan makanan dan minuman tidak berkhasiat masih terus dijual di kantin-kantin sekolah.
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Kantin Sekolah semenjam tahun 1983 lagi. Garis panduan ini sebagai rujukan pihak sekolah dalam penyediaan makanan yang dijual di kantin sekolah.

Garis panduan ini telah menyenaraikan makanan dan minuman yang dilarang di kantin sekolah, iaitu:
- Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Minuman ringan bergas.
- Gula-gula, coklat dan biskut berkrim.
- Jenis-jemis makanan yang elah dijeruk sama ada masam atau masin atau manis, basah atau kering seperti asam manis atau masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia, jeruk bawang dan lain-lain.
- Makanan snek yang rapuh seperti ‘crackers’.
- Semua jenis makanan yang berupa permainan atau yang dijual bersama permainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
- Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya.
- Makanan yang melampaui tarikh tamat tempoh.
Selain itu, makanan dan minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah pula ialah:
- Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang berlebihan seperti sirap, donat, aiskrim dan lain-lain.
- Minuman berperisa kecuali susu berperisa.
- Minuman yang menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik seperti minuman oren dan lain-lain.
Garis Panduan Kantin Sekolah juga menyenaraikan makanan yang sesuai dijual di kantin sekolah, di samping tahap keselamatan dan kebersihan yang perlu diamalkan oleh pengusaha kantin.
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlu meminta supaya pihak sekolah segera melaksanakan garis panduan ini. Walaupun garis panduan ini masih perlu dikemas kini dari semasa ke semasa, namun apa yang terkandung dalamnya secara asasnya sudah cukup untuk menjadi panduan kepada pihak sekolah untuk mewujudkan kantin yang sihat dan selamat untuk pelajar sekolah.
Setiap sekolah mempunyai jawatankuasa kantin yang terdiri daripada guru-guru dan pengusaha kantin. Jawatankuasa ini perlu memainkan peranan yang sewajarnya dengan dipantau oleh Jabatan Pelajaran Daerah bagi memastikan garis panduan ini dipatuhi.
Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan juga perlu bersikap tegas terhadap penjaja kecil yang menjual makanan dan minuman ringan di luar kawasan sekolah. Tidak ada maknanya jika pihak sekolah begitu ketat melaksanakan peraturan pemakanan di kantin, tetapi pelajar dengan mudah mendapatkan makanan tidak berkhasiat di luar sekolah apabila pulang.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu memperkukuh kurikulum berkaitan amalan pemakanan di dalam mata pelajaran, sama ada sains atau kemahiran hidup. Pelajar perlu diberikan kesedaran yang mantap tentang amalan pemakanan yang sihat dan seimbang, termasuk bahaya makanan dan minuman ringan. JIka pelajar dapat ditanamkan dengan kesedaran ini, mereka sendiri akan menjauhkan diri daripada makanan dan minuman ringan.
Mohd Yusof Abdul Rahman
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Dipetik daripada http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/648-patuhi-segera-garis-panduan-kantin-sekolah